Header Ads

Kedah Akan Terus Bangkit - MDB

KEKALAHAN KDA FC YANG SUKAR DITERIMA (Bhg 1)

Semalam di SII, Kedah FC tumpas teruk. Di luar jangkaan saya & ramai orang. Kedah FC banyak melakukan kesalahaan individu. Sudah pasti cepat dihukum mudah oleh sebuah pasukan yang sentiasa bersedia untuk 'strike'.

Episod sedih ini akan menjadi bahan kajian KDA FC sepanjang tahun. Pada pengamatan saya, Kedah FC tewas & rebah kerana kesilapan individu, tiada semangat juang yang tinggi & perasaan kurang yakin & mungkin ketakutan dengan tekanan di SII.

Kedah Akan Terus Bangkit - MDB




Sebagai manusia biasa, semua orang akan melalui proses ini. Takut. Bimbang. Kurang semangat.

Namun, sebagai pemain profesional yang diberikan banyak peluang latihan di dalam & luar negara, perkara ini tidak sepatutnya berlaku.  Pemain yang baik adalah pemain yang keras mentalnya khususnya dalam suasana tekanan. Semasa tekananlah baru perwatakan & profiling sebenar seorang pemain akan terbina & terserlah. Kalau hilang bola, akan dikejar & dihalang dengan sepenuh jiwa & bukan sekadar berlari untuk melakukan sesuatu tanpa jiwa & fizikal yang kuat. Inilah ertinya berjuang sejiwa murni.

Bagaimana nak menjadi seorang pejuang? Kena cuba & latih lebih daripada had yang biasa yang sunyi dari tekanan

Dalam merawat tekanan perasaan, saya mendapat sebuah mesej dari bekas pelajar saya di UIAM. Fahmi Nasir dari Indonesia.

Saya nukilkan mesej ini dalam bahagian kedua poster tentang kekalahan Kedah FC.

Semoga Kedah FC bangun semula.  Kalah & rebah memang mudah. Nak bangkit semula memang payah. Namun, semua juara dunia bangun dari kekalahan & kerebahan.

Saya percaya saya telah buat apa yang termampu - dalam serba kekurangan sebagai pemilik baru -  untuk membina pasukan Sang Kenari - pegawai & pemain serta  penyokong - di luar stadium perlawanan. Saya telah cuba membina harapan baru kepada Sang Kenari di kala Sang Kenari sudah patah sayapnya. Sekarang masa kepada Sang Kenari pula untuk memberikan yang terbaik bagi mengambil semangat daripada kekalahan yang pedih ini. Time of action.

Adalah tidak keterlaluan kalau saya meminta semua pihak - pengurusan, kejurulatihan & pemain- dapat lebih serius, bersungguh-sungguh & berani menjadi orang yang ada intensiti tinggi.

(Sambung)

MDB


KEKALAHAN SUKAR KEDAH FC (bhg 2)

Saya nukilkan di sini mesej Fahmi.

Salam Tan Sri.

Keputusan perlawanan melawan JDT semalam terasa sangat getir bagi KDA FC baik pemain, juru latih & penyokong di mana pun mereka berada.

Pada masa yang sama, saya percaya, Tan Sri sebagai pemilik kelab adalah insan yang paling merasakan kegetiran ini, apatah lagi setelah bekerja keras & membuat berbagai pelaburan selama ini.

Selaku peminat bola sepak, keputusan semalam mengingatkan saya pada kekalahan 5-0 tim kesayangan saya AC Milan kepada Atalanta pada Disember 2019 dalam perlawanan Serie A Itali.

Kekalahan 5-0 ini membuat membawa AC Milan ke titik terendah. Akan tetapi dalam masa yang sama kekalahan itulah yang menjadi punca kejayaan AC Milan menjadi juara Serie A pada musim 2022 lalu.

Saat menjadi juara tahun lalu, jurulatih Milan, Pioli mengatakan bahwa kekalahan memalukan dari Atalanta lah yang menyebabkan Milan mampu meraih juara sekarang ini.

Kenapa demikian? Rupanya Pioli adalah seorang yang meyakini bahawa kita lebih banyak belajar dari kekalahan dibandingkan sewaktu menang.

Pioli kemudian menjadikan kekalahan itu sebagai pelajaran untuk memperbaiki segala kelemahan yang dimiliki oleh Milan baik secara tim ataupun secara individu para pemain.

Untuk level yang berbeza, Tan Sri sering mengingatkan kami bahawa tidak penting berapa kali kita gagal atau jatuh, yang terpenting adalah bagaimana kita mampu bangun setiap kali kita terjatuh.

Saya yakin, Tan Sri akan mampu menanamkan sikap ini bagi pemain & juru latih agar KDA FC boleh bangkit & menjadi tim terbaik di Malaysia dalam masa 2 tahun lagi.

Ketika Milan menjadi juara tahun lalu, Milan adalah tim terbaik di Itali walaupun kualitas individu pemain Milan bukanlah yang terbaik ketika itu.

Insha Allah, Tan Sri akan membawa KDA FC menjadi antara pasukan terbaik di Malaysia.

Terima kasih (tamat mesej)

Sang Kenari, bangunlah! Jadilah lebih berani. Lebih ada perwatakan diri. Kita hanya boleh menang dengan perwatakan diri sendiri & bukan perwatakan tumpang atau perwatakan kosong serta rapuh.

Saya ingin percaya Sang Kenari boleh bangun semula. Saya juga ingin percaya Coach Nafuzi boleh melakukan apa yang sukar. 

MDB

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.