Header Ads

Jurulatih JDT Anggap Perak Merbahaya

Jurulatih JDT Anggap Perak Merbahaya, Esteban Solari mengatakan yang pasukannya perlu berhati-hati ketika berkunjung ke Ipoh dalam perlawanan liga super 2023 pada esok. Walaupun prstasi perak agak terumbang ambing musim ini tidak membuatkan bekas jurulatih argentina bawah 23 tahun itu mendabik dada menentang lawan mereka.


Jurulatih JDT Anggap Perak Merbahaya


Jurulatih JDT Anggap Perak Merbahaya


Bercakap kepada harian metro, jurulatih jdt itu berkata;

"Tiada istilah bola sepak mudah menang, sebaliknya setiap perlawanan yang diharungi sudah tentu sukar dan selepas aksi Sabah, kini kami perlu berdepan Perak yang memiliki barisan pemain muda yang tidak kenal erti kepenatan kerana mereka akan berlari dan bakal beri tekanan terhadap kami.



"Bagi kami setiap perlawanan akan beri cabaran kerana kami bersaing dengan diri sendiri untuk jadi lebih bagus dan memperbaiki apa jua kelemahan yang harus dipertingkatkan terutama kualiti permainan yang menekankan intensiti tinggi dan harus konsisten.



"Itulah cabaran buat kami, malah pemain juga perlu ada motivasi diri supaya kerap beri fokus pada perlawanan yang mereka akan harungi dan ia akan mengurangkan tekanan ketika beraksi nanti, dan kami akan turun untuk beri yang terbaik tidak kira apa jua suasana di stadium kerana objektif utama adalah laksana tugas dengan positif," katanya.

"Kecederaan yang dialami kali ini agak lama untuk pulih dan kami enggan ambil risiko untuk turunkan dia beraksi tapi sudah ada petanda positif selepas dia mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan kami mahu dia cergas 100 peratus sebelum diturunkan beraksi," kata Solari.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.