Penang FC Kalahkan Kedah Darul Aman
Bermain di hadapan penyokong sendiri bukanlah tiket mudah untuk pasukan kedah untuk layak ke pusingan seterusnya dalam piala FA. Mereka gagal layakkan diri mereka selepas tewas kepada pasukan Penang FC semalam.
Pasukan Kedah terlebih dahulu menjaringkan gol seawal minit ke 9 menerusi kapten pasukan Manuel Ott. kemudian pada minit ke 21, Gomez berjaya menjaringkan gol untuk penang menyamakan kedudukan.
Pada minit ke 67 penang berjaya mendahului dengan jaringan Sonny. Kedah bagaikan tersentak terus memburu gol penyamaan. Hasilnya Ott berjaya mendapat gol kedua dan penyamaan kedah pada minit ke 90.
Keputusan berakhir dengan 2-2 untuk masa pemainan sebenar. kemudian ia di lanjutkan ke masa tambahan. namun masih tiada tambahan gol lalu membawa kepada penentuan sepakan penalti.
Penentu sepakan penalti.
2 pemain kedah gagal menjaringkan gol iaitu Lee Tuck dan juga Bojan Ciger. Kedua-dua tendangan mereka di selamatkan oleh penjaga gol penang fc. Pasukan harimau kumbang layak dengan jaringan 4-3 penalti.
Post a Comment