Padang SSI Baik - Kim Pan Gon
Pujian diberikan oleh jurulatih kebngsaan, Kim pan gon selepas pasukannya menggunakan padang Stadium Sultan Ibrahim Johor semalam. Jurulatih berasal korea itu memuji kualiti padang stadium tersebut dan mengatakan oleh sebab itu mereka boleh bermain bola sepak dengan laju dan pantas.
Pan Gon berkata kepada media selepas perlawanan itu semalam,
"Ia (padang) baik dan kami boleh bermain permainan pantas, jika kami ada lebih ramai pemain laju kami boleh beri anda lebih banyak gol. Dari segi pemain, saya berpandangan mereka mesti menyesuaikan diri (dengan kualiti padang) kerana kami mungkin akan bermain di padang yang lebih baik di Qatar (Piala Asia 2023), lebih banyak permainan pantas dan lawan yang lebih kuat.
"Secara keseluruhannya, (bermain di Stadium Sultan Ibrahim) adalah latihan yang baik untuk kami dan kami juga dalam persekitaran yang baik, terima kasih JDT kerana menyediakan padang ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Post a Comment