Header Ads

Akhyar Masih Berbisa

Akhyar Masih Berbisa. Prestasi yang memberangsangkan buat skuad Harimau Malaya apabila mereka berjaya mengalahkan Turkmenistan dengan jaringan 1-0 semalam. Jaringan tunggal akhyar rashid memberi kelebihan kepada anak buah kim pan gon sepanjang perlawnan itu semalam.


Akhyar Masih Berbisa


Akhyar Masih Berbisa

Pan Gon juga menurunkan pemain baru Harimau Malaya iaitu paulo josue dan Endrick dos santos di bahagian tengah. 

Turkmenistan sebenarnya lebih berbisa dalam urutan serangan mereka paabila seaawal minit kedua lagi mereka sudah menguji penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi. Pemai Resul Hojayev membuat rembatan padu tetapi agak tersasar dari gawang gol Malaysia.

Pada mini kesebelas Ruslan Mingazov hampir mendapat gol pembukaan selepas dia mempunyai peluang menjaringkan gol. Tetapi Syihan berjaya menepis keluar bola tersebut.

Harimau Malaya pula hanya mula menyerang ketika meinit ke 23 menetusi sepakan sudut yang diambil oleh Faisal Halim dan dihantar tepat ke Paulo Josue. Dia menanduk ke arah penjaga gol Rasul Charyyev lalu menampan keluar.

Pada minit ke 29, Lorongan cantik Corbing Ong kepada Akhyar berjaya menewaskan pertahanan dan penjaga gol Turkmenistan untuk gol tunggal perlawanan.

Bersambung babak kedua, Nooa Lain masuk menggantik Endrick utnuk mengemudikan jentera tengah pasukan negara. Namun tiada tambahan jairngan dilakukan oleh pemain-pemain HM selepas itu.

Keputusan akhir, Malaysia 1-0 Turkmenistan.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.