Header Ads

Forestieri letak JDT di Puncak Liga

 Forestieri letak JDT di Puncak Liga. Nak menang tapi kalah last minit. itulah yang boleh dikatakan terhadap pasukan negeri sembilan selepas mereka tumpas pada minit akhir perlawanan kepada JDT. 

Jaringan Fernando Martin Forestiere pada masa tambahan meletakkan skuad JDT kembali ke takhta liga dengan mengumpul 15 mata.


Forestieri letak JDT di Puncak Liga




Terdahulu, kedua-dua pasukan bermula dengan tempoh permainan tinggi dengan saling melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing bagi mendapatkan gol awal.


JDT lebih banyak mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama dengan beberapa percubaan bahaya terutama melalui Arif Aiman dan Bergson Da Silva.

Malah, Negeri Sembilan turut berjaya mencipta beberapa peluang menjaringkan gol terutama menerusi Matheus Alves dan David Mawutor, namun tidak menepati sasaran.


Pada minit ke-65, Arif Aiman terlepas peluang apabila bola sepakannya gagal menewaskan Ahmad Syihan biarpun dia hanya berdepan dengan penjaga gol itu.


Begitupun, ketangkasan Ahmad Syihan menjadi antara faktor kekuatan Negeri Sembilan selepas dia berjaya menafikan deretan percubaan jentera serangan JDT.

Namun, tak kebal sangat bila tewas pada minit ke 100 permainan apabila forestieri berjaya menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti untuk memenangi perlawanan ini.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.