Perak FC dipotong lagi 6 mata.
Perak FC dipotong lagi 6 mata. Aku ingat isu perak dah nak reda namun terjadi sebaliknya apabila pasukan tidak bernasib baik itu telah dipotong 6 mata lagi. Ia berikutan pasukan tersebut gagal membuat bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka selepas tarikh akhir iaitu pada 14 April 2022.
Perak FC dipotong lagi 6 mata.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan bebas First Instance Body FIB,
"Mesyuarat FIB memutuskan untuk melaksanakan hukuman pemotongan enam mata bagi saingan Liga Premier 2022 susulan kegagalan Perak FC membuat pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai pada tarikh akhir semalam.
"Keputusan ini mengambil kira kegagalan Perak FC mengemukakan bukti bayaran atau persetujuan penyelesaian bersama untuk penangguhan pembayaran gaji tertunggak.
"Jika dalam tempoh tujuh hari dari tarikh hukuman kedua dibuat dan bukti bayaran penuh atau persetujuan penyelesaian bersama masih tidak diserahkan kepada MFL pada atau sebelum 21 April 2022, maka pada 22 April depan perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB dan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk tindakan seterusnya," katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Post a Comment