Perak FA Digantung 6 Bulan, Perak FC Masih Kekal Dalam Liga.
Perak FA Digantung 6 Bulan, Perak FC Masih Kekal Dalam Liga. Sejak semalam, pasukan Perak menjadi sebutan ramai apabila Pesuruhjaya Sukan telah menggantung persatuan bola sepak Perak (PAFA) selama 6 bulan.
Tujuannya untuk membolehkan badan induk itu membuat pemilihan semula selepas keputusan mesyuarat agong luar biasa kelab berkenanan di batalkan.
Namun begitu, pergantungan itu tidak dikenakan kepada Perak FC kerana ia merupakan badan induk yang berbeza. Jadi hanya PAFA digantung bukannya Perak FC.
Jadi Perak FC akan meneruskan aksi mereka dalam saingan liga perdana pada musim ini seperti biasa.
Keputusan untuk menggantung PAFA dicapai dalam satu mesyuarat yang dihadiri Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian, Tajul Hasnan yang mewakili 12 ahli yang dipecat, dan Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad semalam.
12 ahli yang dipecat melalui kongres luar biasa (EGM) PAFA sebelum ini termasuklah Persatuan Bola Sepak Perak Tengah, Tapah, Kampar, Gerik, Lenggong, Hulu Perak, Kampung Gajah, Ipoh, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kerian dan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak.
Pemecatan tersebut dikatakan melanggar perlembagaan di dalam Artikel 80 PAFA berkaitan keahlian di mana tiada ahli gabungan dibenarkan menjadi dua ahli persatuan.
Post a Comment