Pemain Harimau Malaya Lapor Diri Buat Pertama Kali di bawah Jurulatih Kim Pan Gon!
Pemain Harimau Malaya Lapor Diri Buat Pertama Kali di bawah Jurulatih Kim Pan Gon! Semalam bermulalah sesi pertama skuad harimau malaya dibawah jurulatih baru dari korea selatan itu. Seramai 25 daripada 30 pemain melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Pemain Harimau Malaya Lapor Diri Buat Pertama Kali di bawah Jurulatih Kim Pan Gon!
5 Pemain masih belum melapor diri dan mereka adalah Darren Lok yang tidak sihat, Safawi rashid yang terpaksa pulang melihat ayahnya yang tidak sihat.
Selain itu, Khair Jones yang baru selesai kuarantin bersama pasukan negeri sembilan turut sama tidak dapat melaporkan diri semalam.
Begitu juga dua pemain luar negara iaitu Liridon dan juga Cools. Mereka dijangka akan menyertai pasukan di singapura pada minggu hadapan.
"Hari ini cukup sukar semua baru tiba dan fokus kepada pemulihan.
"Malam tadi ramai yang bermain (pusingan pertama Piala FA) selama 90 minit dan kita beri keutamaan kepada soal pemulihan.
"Esok pagi kita akan mula dengan taktikal dan latihan yang sebenar mungkin bermula Rabu ini," katanya pada sesi latihan bersama anak didiknya, hari ini.
Semoga berjaya buat skuad negara yang akan berkelana di Singapura nanti!
Post a Comment