Pawang Hujan Digunakan dalam GP Indonesia.
Pawang Hujan Digunakan dalam GP Indonesia. Kalau korang tengok semalam acara moto gp indonesia, korang akan perasan mengenai kehadiran seorang pawang hujan atau bomoh hujan lah senang cerita. Pawang ini bernama Rara dan tugasnya adalah mengawal cuaca agar tidak terjadi sesuatu yang buruk ketika perlawanan berlangsung.
Pawang Hujan Digunakan dalam GP Indonesia.
Kemunculan Rara menjadi viral di media sosial apabila dia dilihat berada di hentian pit dengan tugasan mahu menghentikan hujan yang lebat.
Bibirnya dilihat terkumat-kamit membaca ritual tertentu sambil memegang sebuah mangkuk.
Sepanjang saingan MotoGP di Litar Mandalika, pawang hujang yang bernama Rara itu ditugaskan untuk mengawal cuaca agar hujan tidak turun dengan sangat lebat.
Akibat cuaca buruk pada hari ini, perlumbaan MotoGP terpaksa ditangguhkan seketika namun kemudian bersambung semula.
Gelagat Rara itu turut menarik perhatian juara dunia yang juga pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo apabila dia dilihat cuba meniru aksi Rara.
Sambil tersenyum, dia memegang sebuah mangkuk di depan kamera namun gelagatnya itu bertambah lucu apabila mangkuk yang dipegangnya itu terjatuh.
Post a Comment