4 Fakta Menarik dari Perlawanan Manchester United vs Aston Villa.
4 Fakta Menarik dari Perlawanan Manchester United vs Aston Villa. Awal pagi tadi telah berlangsung perlawanan pembukaan tahun 2021 melibatkan perlawanan Manchester United vs Aston Villa. United berjaya mengalahkan Villa dengan jaringan 2-1 di Old Trafford.
3 Mata berharga di perlukan United untuk menyamakan mata dengan pendahulu liga iaitu Liverpool. Liverpool pula akan berkunjung ke Southampton dalam perlawanan pada awal pagi selasa waktu Malaysia.
United lebih dahulu menjaringkan gol pertama pada minit ke 40 menerusi Anthony Martial selepas dia mendapat cross cantik dari Aaron Wan Bissaka.
Pada mini ke 58, Villa menyamakan kedudukan hasil assists dari Jack Grealish kepada Bertrand Traore. Gol kemenangan United hadir menerusi sepakan penalti apabila Paul Pogba dijatuhkan dalam kotak penalti.
Bruno dengan mudah menjaringkan gol kemenangan untuk United.
4 Fakta Menarik dari Perlawanan Manchester United vs Aston Villa.
1. Melawan Aston Villa, merupakan penampilan Bruno Fernandes ke-30 di Premier League. Dengan gol penalti, ini bermaksud Bruno sudah terlibat pada 33 gol milik Manchester United (19 gol, 14 assists). Pemain lain yang mempunyai rekod lebih bagus darinya di Premier League dalam 30 perlawanan adalah Andrew Cole (terlibat 37 gol).
2. Sejak Februari 2020, Bruno Fernandes mencetak sembilan gol menerusi sepakan penalti, 2 gol lebih banyak dari pemain lain.
3. Manchester United hanya kalah sekali dari 44 perlawanan terakhir Premier League melawan Aston Villa (menang 31 kali, seri 11 kali) dan tak kalah dalam 16 pertemuan terakhir sejak kalah 0-1 pada Desember 2009.
4. Anthony Martial kini telah mencetak gol dalam kiraan semua permainan sepanjang tujuh hari dalam seminggu di Liga Perdana Inggeris untuk Manchester United. Dia adalah pemain ke-5 dalam sejarah pasukan yang melakukannya, setelah Ryan Giggs, Andrew Cole, David Beckham dan Wayne Rooney.
Post a Comment