Keputusan Liga Itali: Juventus Dibantai Fiorentina.
Keputusan Liga Itali: Juventus Dibantai Fiorentina. Bagaikan menghadapi mimpi buruk, itu yang diluahkan oleh jurulatih juventus, Andrea Pirlo selepas mengalami kekalah 0-3 kepada Fiorentina di laman sendiri pada awal pagi rabu waktu Malaysia. Ini juga merupakan kekalahan pertama Juventus dalam saingan liga selepas 13 perlawanan.
Selepas perlawanan itu, Juventus berada di tangga keempat liga dengan 24 mata dan mempunyai perbezaan 7 mata dengan Ac Milan di puncak liga.
Andrea Pirlo tidak menyalahkan pemainnya selepas kekalahan itu dan mengakui Juventus tidak fokus sehingga dihukum oleh Fiorentina.
“Ini pasti bukan bukti. Kami memulai dengan sikap yang salah dan jika melakukan itu, maka Anda akan mengalami situasi buruk seperti ini,” kata Pirlo kepada Sky Sport Italia, seperti dilansir Football Italia.
"Hal seperti ini boleh terjadi pada pertandingan terakhir sebelum Natal, kerana mulai memikirkan tentang percutian. Tapi kami perlahan dan tak fokus, jadi tak heran kami kalah," kata Pirlo tentang penyebab kekalahan Juventus.
Dalam perlawanan ini juga menyaksikan Juan Cuadrado dihadiahkan kad merah dan ini menyebabkan Juventus bermain dengan 10 orang sejak minit ke 18 lagi.
Dusan Vlahovic menjaringkan gol seawal minit ke 3 dan keputusan itu bertahan sehingga babak pertama habis.
Malang untuk Juventus di babak kedua. pada minit ke 76, Alex Sandro menjaringkan gol sendiri selepas terkena bola tampanan Szczesny.
Pada minit ke 81 pula, Martin Careces menjaringkan gol terakhir untuk perlawanan ini. Keputusan akhir Juventus 0-3 Fiorentina.
Liga Itali akan berehat sempena cuti Cristmas dan akan bersambung semula selepas itu.
Post a Comment