Header Ads

Keluarga Syafiq Ahmad Meninggal Dunia dalam Kemalangan.

Keluarga Syafiq Ahmad Meninggal Dunia dalam Kemalangan. Berita pagi ini akan menyedihkan. Berita mengenai kemalangan jalan raya melibatkan keluarga Syafiq Ahmad. Dalam kemalangan tersebut, Ibu Mertua, Anak dan pembantu rumah Syafiq Ahmad meninggal dunia di tempat kejadian.


Keluarga Syafiq Ahmad Meninggal Dunia dalam Kemalangan.


Manakala Isterinya cedera parah. Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia mengenai Keluarga Syafiq Ahmad Meninggal Dunia dalam Kemalangan.

Salam Takziah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghulurkan salam takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad yang telah kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Syafiq, 25, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Aaira Nur Safiyya mengalami cedera ringan.

Bagaimanapun isterinya, Nor Amalina Norain, 25, mengalami cedera parah. Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kesembuhan.

Sementara, anak lelakinya yang baru lahir pada 14 November 2020, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Semoga Allah mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta meringankan musibah Syafiq seisi keluarga. Al-Fatihah.



Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.