JDT Tandatangan Bintang Muda Indonesia, Syahrian Abimanyu.
JDT Tandatangan Bintang Muda Indonesia, Syahrian Abimanyu. Menerusi satu kenyataan media di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers, JDT telah menandatangani Syahrian Abimanyu dari kelab Madura United.
Syahrian terlibat dalam pasukan Indonesia B19 yang beraksi pada kejohanan AFC B19 yang berlangsung di Indonesia. Mereka turut mengalahkan UAE dalam salah satu perlawanan yang berlangsung.
Dalam kenyataan tersebut JDT berkata,JDT TANDATANGANI PEMAIN INDONESIA SYAHRIAN ABIMANYU
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menandatangani bekas pelatih Levante berusia 21 tahun, Syahrian Abimanyu dari Indonesia sebagai sebahagian dari pelan jangka panjang kelab.
Menurut TMJ yang turut mengalu-alukan pemain tersebut, Baginda berkata pemain ini tidak akan bermain untuk JDT 2 sebaliknya akan berkelana di liga luar.
Ini juga salah satu aset pelaburan jangka panjang JDT. Baru-baru ini, JDT telah menanda tangan pemain dari Felda United iaitu Daniel Amer. Dan kini kehadiran seorang penyerang lagi akan diumumkan tidak lama lagi. Siapakah dia? Sama-sama kita nantikan.
Post a Comment