3 Kelab ini Mungkin Menjadi Destinasi Paulo Dybala!
3 Kelab ini Mungkin Menjadi Destinasi Paulo Dybala!. Sekarang ini boleh dikatakan, pemain Paulo Dybala berada di dalam tempoh sukar di Juventus. Dia masih gagal beraksi dengan baik di bawah jurulatih baru iaitu Andrea Pirlo. Selepas 10 penampilan musim ini, dia hanya mampu mencetak satu gol sahaja.
Pelantikan Andrea Pirlo sebagai jurulatih tidak banyak membantu karier Dybala. Pemain berusia 27 tahun itu hanya menjadi pemain kesebelasan utama sebanyak 6 kali dalam semua pertandingan musim ini. Hanya 4 kali bermain 90 minit penuh.
Kontrak Dybala bersama Juventus akan habis pada 2022. Namun, dikhabarkan Juventus bersedia menjual penyerang tersebut sebelum tamat kontrak.
Menurut Footballtransfer, ada 3 Kelab yang boleh menjadi destinasi Dybala apabila dia meninggalkan Juventus nanti. Pertama adalah PSG. Laporan terbaru mengatakan yang PSG sangat serius ingin dapatkan Dybala. Sebagai timbal balik, Juventus juga berminat dengan Mauro Icardi yang menjadi pemain utama di PSG.
Pasukan Kedua adalah Chelsea. Ini kerana Chelsea antara kelab yang mampu membayar mahal untuk pemain ini. Namun, situasi makin sukar apabila Hakim Ziyech dan Kai Haverts sudah bermain untuk kelab itu. Ini mungkin akan menyukarkan pemilik Chelsea membeli Dybala.
Kelab ketiga adalah Tottenham Hotspur. Mungkin anda tidak tahu, Pada musim panas 2019, Tottenham sudah berjaya mendapatkan Dybala dengan harga 64 juta. Namun perpindahan tersebut tidak menjadi kerana jumlah gaji yang di minta pemain itu tidak masuk akal.
Jadi kemanakah Paulo Dybala akan berpindah?
Post a Comment