Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun.
Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 Tahun. Pagi ini, agak terkejut juga. Bangun pagi terus tengok ada berita mengenai kematian lagenda bola sepak dunia iaitu Diego Maradona. Siapa yang tak kenal dengan Maradona.
Nama yang menjadi sebutan sebagai pemain bola sepak terhandal pada zamannya. Tapi kini, dia sudah tiada. Maradona di laporkan meninggal dunia selepas mengadu yang dia mengalami kesakitan.
Punca kematian maradona adalah kerana serangan jantung. Untuk pengetahuan anda, Maradona baru saja menjalani pembedahan sukar di bahagian otaknya baru-baru ini. Dan Pembedahan tersebut berjaya.
Selepas dua minggu di rumah, Maradona mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di usia 60 tahun.
Sebagai peminat bola sepak, memang tak dinafikan kehebatan gaya permainan maradona. Gelarana " Hand of God " diberikan sewaktu maradona menjaringkan gol dalam piala dunia 1986 akan terus tersemat dalam ingatan.
Diego Maradona juga pernah berkunjung ke Stadium Merdeka pada tahun 1982 dan beliau beraksi menentang lagenda kita iaitu Mokhtar dahari dalam satu perlawanan persahabatan diantara pasukan selangor dan boca juniors.
Maradona meninggalkan 5 orang Anak dan seorang isteri.
Post a Comment