Header Ads

PERATURAN PEMAIN IMPORT BARU UNTUK TAHUN 2018

PERATURAN PEMAIN IMPORT BARU UNTUK TAHUN 2018

Hai, semalam telah dikeluarkan peraturan baru untuk pemain import bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga super, liga perdana dan untuk kejohanan berstatus piala di malaysia. peraturan ini berkuat kuasa untuk musim 2018 dan seterusnya.

bagi aku, ia adalah satu keputusan yang positif untuk pasukan-pasukan yang bertanding. yang kedua , ia adalah untuk meningkatkan nilai liga malaysia di serantau asean dan seterusnya peringkat asia.

bagi korang yang tak tahu, tahun 2016 /2017 , jumlah kuota import sebanyak 4 orang sahaja.. dan untuk musim hadapan ditambah seorang lagi untuk liga super dan liga perdana.

mungkin orang akan nampak, pasukan yang bertanding akan mengalami masalah untuk bersaing berbanding pasukan kaya.

bagi aku pula, kalau kau boleh manage duit keluar masuk dengan baik, beli player yang sepatutnya dengan harga yang sepatutnya dan pengurusan kewangan yang baik tak mustahil pasukan tersebut mampu mendapatkan player import sebanyak yang ditetapkan.

kalau tak mampu, tak boleh menang piala lah macam tu ?

hahahaha

player tempatan pun hebat juga, korang nak nafikan benda tu ? cuba dan latih pemain tempatan untuk menjadi yang terbaik. bila dah cukup duit, baru dapatkan player import pula.

ya, ini yang presiden FAM nak.
bila tak ada duit, buat cara tak ada duit.

tak boleh beli 5 , 3 pun dah cukup.
sebab apa ? kita kena fokus survival dari masalah gaji pemain.

tak mau kes lama berulang.
kalau tidak rugikan bola sepak negara.

aku secara personal, bersetuju dengan cadangan ini dan kita sabar untuk melihat hasilnya nanti. selamat maju jaya buat kesemua pasukan yang bertanding musim hadapan.





Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.