TROFI BAHARU LIGA SUPER MALAYSIA LAMBANG KEKUATAN, DINAMISME DAN DOMINASI
Trofi Liga Super Malaysia yang baharu telah direkabentuk dan dihasilkan teliti dengan tangan oleh tukang-tukang yang mahir dari tukang emas DiRaja.
Hasil penyelidikan dan buah fikiran Football Malaysia LLP telah diserapkan ke dalam reka bentuk dengan setiap elemen membawa definisi tersendiri, untuk menjadikan trofi ini sejajar dengan nilai permainan bolasepak.
Trofi baharu ini diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen 24k. Berdiameter 252mm di bahagian tapak, berketinggian 633mm dan seberat 20 kilogram dengan nama pemenang tahunan akan diukir di bahagian bawah belakang trofi manakala logo pasukan juara dipateri di bahagian pusat trofi menjadikan ianya tampak eksklusif.
Berkonsepkan futuristik dan elegan, trofi baharu ini direka seolah-olah figura meraikan kejayaan mengungguli liga, dengan menjadikan era baharu sebagai detik permulaan.
Simbolik trofi ini melambangkan kekuatan dan dinamisme 12 pasukan yang bertanding merebut piala paling berprestij yang melayakkan mereka ke peringkat lebih tinggi.
Manakala warna emas pula sinonim dengan dominasi, iaitu hanya pasukan yang layak sahaja boleh merangkul trofi ini setelah penat lelah mencapai kemenangan demi kemenangan untuk menjuarai liga.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam mengucapkan jutaan terima kasih atas perkenan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Pengerusi FMLLP untuk membuat trofi baharu yang mana ianya dirancang sejak tahun 2015 lagi.
“Trofi baharu ini menjadi petanda era baharu bolasepak Malaysia dan juga menjadi aspirasi kejayaan buat 12 pasukan yang bertanding di dalam Liga Super,” tambah Kevin.
Sumber - Facebook Football FMllp

TROFI BAHARU LIGA SUPER MALAYSIA LAMBANG KEKUATAN, DINAMISME DAN DOMINASI |
Post a Comment