Header Ads

4 PASUKAN DI TOLAK 6 MATA OLEH FMLLP - KELANTAN , T-TEAM , PERLIS DAN ATM !

4 PASUKAN DI TOLAK 6 MATA OLEH FMLLP - KELANTAN , T-TEAM , PERLIS DAN ATM ! | Selepas lama menunggu , akhirnya Football Malaysia LLP telah mengambil keputusan untuk memotong mata bagi 4 pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran pasukan dalam liga malaysia !


4 PASUKAN DI TOLAK 6 MATA OLEH FMLLP - KELANTAN , T-TEAM , PERLIS DAN ATM !

4 pasukan tersebut adalah dua dari liga super dan dua dari liga perdana .

Pasukan liga super : Kelantan dan T-Team
Pasukan Liga perdana : Perlis dan ATM .

Setelah beberapa kali surat di hantar dan di hubungi melalui telefon ke pasukan yang bertanding, Namun masih berdegil untuk melengkapkan pendaftaran mereka , jadi pihak FMLLP telah membuat keputusan untuk menolak 6 mata bagi keempat-empat pasukan ini dan berkuat kuasa serta merta .

Hukuman lebih berat menanti mereka jika masih gagal berbuat demikian .

FAM juga telah melangsaikan hutang-hutang mereka dengan persatuan yang bertanding bagi memudahkan mereka membayar hutang-hutang yang tertunggak. Namun ada pula pasukan yang masih enggan melangsaikan hutang mereka .

Antara dokumen yang di minta oleh FMLLP semasa proses pendaftaran pasukan adalah seperti berikut :

Pasukan harus memuatnaik kedalam sistem

Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, 
Surat Selesai Bayaran/Tunggakan KWSP, 
Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Perkeso 
Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN

kegagalan ini menyebabkan mereka di denda oleh FMLLP . Diharap denda ini dapat membuka mata pelbagai pihak agar menjadikan kebajikan pemain sebagai keutamaan berbanding poket diri sendiri.Selain itu di harap kesemua pasukan bertanding serius mendaftarkan pasukan mereka. ini dah masuk separuh kedua pusingan liga malaysia tapi masih tak mampu untuk mendaftarkan pasukan.

sedihnya.

Sekian


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.